SYARIKAT PENGURUSAN PSY TOLAK FITNAH PAKATAN PEMBANGKANG,
NAFI PSY DIBAYAR KERAJAAN MALAYSIA.
Sebelum dan selepas konsert, pihak Pakatan Pembangkang tidak
habis-habis dengan tuduhan dan dakwaan yang mendakwa Kerajaan BN membayar RM2
juta bagi membawa Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-Sang ke Pulau Pinang bagi
menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia BN Pulau Pinang.
Jelas sekali dakwaan dan tuduhan Pakatan Pembangkang itu
bersifat fitnah biarpun Perdana Menteri sendiri memberitahu kehadiran Psy ke
Pulau Pinang itu tidak membabitkan wang rakyat. Nampaknya, Pakatan Pembangkang
telah memberikan pahala besar kepada Najib Razak akibat fitnah yang tiada
kebenarannya.
Bagi meredakan keadaan yang semestinya membawa kepada
kegelisahan puak-puak Pakatan Pembangkang ini apabila Scooter Braun Projects,
syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia
dengan lagunya ‘Gangnam Style’, hari ini menyatakan bahawa mereka (Scooter
Braun Projects) tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk
persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.
Kalau Pakatan Pembangkang ada bukti sila tunjukkan pada
Rakyat, Setakat cakap tuduh macam tu tak ada gunanya buang masa siapa mahu
percaya cakap tanpa bukti kukuh. Pembangkang jangan lupa konsert penamaan
Syarikat Arak November lalu di Batu Feringghi bernilai RM 3 Juta, tidak pula
DAP menafikanya itu adalah bukan duit rakyat juga?
By : Terengganu Today






0 comments:
Post a Comment